Sebelum anda mencari upah orang bina website bisnes anda, anda perlu tahu dahulu apakah 5 perkara asas dalam website. Ini supaya mudah untuk web designer/developer (yang diupah) untuk membina website anda. Web designer/developer juga boleh menasihati dan bincang bersama untuk membina website yang anda inginkan.
Tak adalah anda serahkan bulat-bulat percaya terus pada web developer dan bila dah siap nanti, ada banyak pula yang anda nak ubah-ubah. Oleh itu, dengan tahu 5 perkara ini, anda boleh beritahu awal-awal apa yang anda nak kepada web developer.
1. Domain
Anda perlu tahu apakah domain yang anda inginkan. Domain adalah seperti nama kedai atau alamat kedai anda, yang mana mudah untuk pelanggan mencari atau menaip nama domain anda nanti.
Contoh domain: www.namakedai.com
Ada banyak pilihan domain seperti .com, .com.my, .net, .my dan sebagainya.
Anda boleh semak sama ada domain yang anda inginkan masih available (boleh digunakan atau tidak) di Instant Domain Search atau mana-mana hosting provider, terutama di Malaysia.
Dinasihatkan gunakan domain yang mudah diingat, atau tidak lebih dari 11 huruf.
2. Jenis hosting
Apa itu hosting? Hosting atau server adalah ibarat tapak rumah anda. Sekiranya tiada tapak, maknanya tiadalah juga website anda. Jadi anda perlu tahu juga anda nak jenis hosting yang macam mana.
Anda nak tapak berkongsi (shared hosting)? Atau anda nak tapak anda seorang sahaja? Dan pelbagai lagi jenis hosting yang ada.
Setiap hosting juga berbeza harga dan ruangnya untuk diletakkan segala database, gambar dan video dalam website anda. Besar tapak (hosting), maknanya tinggi juga harganya.
Ia juga bergantung kepada berapa ramai orang (pelawat) akan melayari website anda. Semakin ramai pelawat melayari website anda dalam satu masa, maknanya kena besarkan juga tapak (hosting) anda.
Baca jenis-jenis hosting yang ada untuk tahu lebih lanjut.
3. Jenis website
Sebelum anda beritahu web developer untuk bina website, anda juga perlu tahu apakah jenis website yang anda inginkan.
Jenis-jenis website:
- Landing page
- Website company
- Website e-commerce
- Website organisasi
- Website marketplace
- Sales page
- Website business directory
Dan pelbagai lagi. Baca jenis-jenis website yang ada untuk tahu lebih lanjut.
Namun sekiranya anda tak tahu apakah jenis website ini, anda boleh berikan sahaja contoh website lain kepada web developer supaya mereka faham anda nak jenis website yang macam mana.
4. Pages dan setiap fungsi
Anda boleh beritahu siap-siap kepada web developer apakah page yang ada dalam website anda nanti, dan beritahu sekali apakah kandungan (content) yang ada dalam setiap page tersebut.
Contoh page:
- About Us
- Our Services
- Contact Us
- Setiap produk atau servis
Dan lain-lain page.
Anda boleh terangkan sekali fungsi setiap page, seperti page ini perlu ada link dengan page lain, atau perlu ada pembayaran, atau fungsi-fungsi lain yang bersesuaian.
Selepas anda beritahu apakah page yang ada beserta content sekali, mudah untuk web developer membina website anda dan boleh siap dengan cepat.
5. Design
Setiap website ada warna utama dan warna kedua. Anda boleh beritahu sekali apakah warna-warna utama yang anda inginkan dalam website anda.
Mudah untuk web developer mereka bentuk dengan warna-warna yang anda inginkan dan bersesuaian dengan website yang dibina nanti.
Selain warna, anda juga boleh beritahu struktur atau design website yang anda inginkan. Lebih mudah kalau anda berikan contoh-contoh website lain, supaya web developer boleh ikut dan membina seperti contoh tersebut.
Anda juga boleh dapatkan idea design website di Pinterest.
Ringkasnya
Itulah 5 perkara yang anda perlu tahu dan beritahu kepada orang yang anda upah untuk bina website, supaya mudah untuk web developer membina website anda nanti. Ia juga boleh menjadikan website anda siap dengan cepat dan mudah untuk berbincang bersama web developer.
Kepada yang mencari web developer untuk bina website anda, hubungi kami.