5 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Anda Upah Servis Bina Website
Sebelum anda mencari upah orang bina website bisnes anda, anda perlu tahu dahulu apakah 5 perkara asas dalam website. Ini supaya mudah untuk web design/developer (Yang diupah) untuk membina website anda. Web Designer/Dev. juga boleh menasihati dan bincang bersama untuk membina website yang anda inginkan.
Tak adalah anda serahkan bulat-bulat percaya terus pada web developer dan bila dah siap nanti, ada banyak pula yang anda nak ubah-ubah, oleh itu, dengan tahu 5 perkara ini, anda boleh beritahu awal-awal apa yang anda nak kepada web developer.
1. DOMAIN
Anda perlu tahu apakah domain yang anda inginkan. Domain adalah seperti nama kedai/alamat kedai anda yang mana mudah untuk pelanggan mencari atau menaip nama domain anda nanti.
Contoh domain : www.namakedai.com
Ada banyak pilihan domain yang anda inginkan seperti .com, .com.my, .net, .my dan sebagainya.
Anda boleh semak samada domain yang anda inginkan samada available (boleh digunakan atau tidak) dengan KLIK SINI atau mana-mana Hosting Provider terutama di Malaysia.
Dinasihatkan adalah gunakan domain yang mudah diingat atau tidak lebih dari 11 huruf.
2. JENIS HOSTING
Apa itu hosting?
Hosting / Server adalah ibaratkan seperti tapak rumah anda. Sekiranya tiada tapak, maknanya tiadalah juga website anda. Jadi anda perlu tahu juga anda nak jenis hosting yang macamana?
Anda nak tapak berkongsi (Shared Hosting)? atau anda nak tapak anda seorang sahaja? Dan pelbagai lagi jenis hosting yang ada.
Setiap hosting juga berbeza harga dan space nya untuk diletakkan segala database, gambar, video dalam website anda. Besar tapak (hosting) maknanya tinggi juga harganya.
Dan ia bergantung kepada berapa ramai orang (Pelawat) akan melayari website anda. Semakin ramai pelawat melayari website anda dalam satu masa, maknanya kena besarkan juga tapak (hosting) anda.
KLIK SINI untuk tahu jenis-jenis hosting yang ada.
3. JENIS WEBSITE
Sebelum anda nak beritahu kepada web developer untuk bina website, anda juga perlu tahu apakah jenis website yang anda inginkan?
Jenis -jenis website :-
a) Landing Pages
b) Website Company
c) Website e-Commerce
d) Website Organization
e) Website Marketplace
f) Sales Pages
g) Website Business Directory
Dan Pelbagai lagi.
KLIK SINI untuk tahu lebih lanjut jenis-jenis website yang ada.
Namun sekiranya anda tak tahu apakah jenis website ini, anda boleh berikan sahaja contoh website lain kepada web developer supaya mereka faham anda nak jenis website yang macamana.
4. PAGES DAN SETIAP FUNGSI
Anda boleh beritahu siap-siap kepada web developer apakah page-page yang ada dalam website anda nanti dan beritahu sekali apakah kandungan (content) yang ada dalam setiap page tersebut.
Contoh page :-
a) About Us
b) Our Services
c) Contact Us
d) Setiap produk services
dan lain-lain pages.
Anda boleh terangkan sekali fungsi-fungsi setiap pages seperti pages ini perlu ada link dengan pages lain atau perlu ada pembayaran atau fungsi-fungsi lain yang bersesuaian.
Sebab selepas anda dah beritahu apakah pages yang ada beserta content sekali, mudah untuk web developer untuk membina website anda dan boleh siap dengan cepat.
5. DESIGN
Setiap website ada warna utama dan warna kedua. Anda boleh beritahu sekali apakah warna-warna utama yang anda inginkan dalam website anda.
Mudah untuk web developer untuk mendesignkan warna-warna yang anda inginkan dan bersesuaian dengan website yang dibina nanti.
Selain warna, anda juga boleh beritahu struktur atau design-design website yang anda inginkan. Lebih mudah anda berikan contoh-contoh website lain agar mudah untuk web developer follow dan membina seperti contoh tersebut.
Anda juga boleh dapatkan idea untuk beritahu pada web developer tentang design website yang anda inginkan dengan pergi ke PINTEREST
Itulah 5 perkara yang anda perlu tahu dan beritahu kepada orang upah website anda agar mudah untuk web developer membina website anda nanti. Ia juga boleh menjadikan website anda siap dengan cepat dan mudah untuk berbincang bersama web developer.
Kepada yang mencari website developer upah servis website anda, anda boleh hubungi kami dengan KLIK SINI